Monday, December 17, 2012

Question mark ?


Mengayat cikit malam ni :

Walaupun jauh dimata,
Tak perlu bersentuh tangan,
Kerana sudah bersentuh hati (?)
Tak perlu berbalas kerlingan mata,
Kerana sudah pun berbalas DOA
(,^^(^^,) ?

Dia. Mungkin dia. Mungkin tidak. Jodoh di tangan tuhan. Siapa tahu. Selagi ada rasa selagi ada sayang selagi nafas ini panjang selagi Dia ditakdirkan olehNya untukku. Ku berserah. Mungkin hanya perkenalan sebagai seorang teman. Mungkin hanya sekadar perkenalan. Mungkin lebih. Siapa tahu kan. Doa kudus yang pasti sentiasa terucap dibibir ini biarpun berjauhan jaraknya. Takkan pernah putus. Moga Jodohku dalam keadaan baik sahaja hendaknya. Moga dia perbaiki kelemahan yang ada agar bisa membimbingku kelak yang seringkali alpa dengan ujian duniawi. Jarak ini ada baiknya. Satu, agar kekuatan diri dibina. Dua, supaya wujudnya kepercayaan kedua belah pihak. Kesabaran itu seringkali menguji. Kuat dan terus kuat. Selagi mampu untuk bertahan. Semua atas kehendak di atas sana. Insya'allah baik baik saja hendakNya. Amin. Buat jodohku kuatkan imanmu. Ku percaya kau bisa hadapi semua ini. Ku percaya. Jangan ragu. Moga terciptanya kau untukku.      

:)

Ya Allah sekiranya dia adalah jodohku maka engkau jadikanlah dia terbaik untukku dan jadikanlah aku jodoh terbaik untuknya. Insya'allah Amin. Barakallah.



No comments: