Saturday, December 29, 2012

: 5 Perkara Tentang Lelaki


Assalamualaikum,



Sekodeng sekodeng schroll schroll page Remaja tetiba tertarik pulak nak baca part LELAKI. So ini perkongsiannya. Heheks :3

Kadang-kadang sukar untuk memahami seorang pria. Tingkah lakunya, gaya pemikirannya, adakalanya berbeza dengan Si Gadis. Oleh itu, Ada 5 perkara tentang lelaki yang dapat REMAJA kongsikan.

1. Cerewet
Cerewet bukan sahaja sikap yang ada pada Si Gadis. Namun, adakalanya lelaki boleh menjadi seorang yang sangat cerewet. Contohnya dalam soal membeli-belah. Walaupun mereka jarang membeli belah, namun apabila mereka membeli sesuatu, mereka memerlukan masa yang panjang untuk membuat pemilihan barang yang ingin dibeli. Adakalanya mereka akan melakukan survey terlebih dahulu kerana mereka akan memastikan barang yang dibeli itu adalah benar-benar berbaloi dan memuaskan hati.

2. Cinta
Sikap playboy selalu dikaitkan dengan seorang lelaki yang kerap bertukar-tukar pasangan. Namun, tahukah kamu bahawa mereka juga hakikatnya adalah seorang insan yang memerlukan cinta sejati? Walaupun dia seorang yang dilihat sebagai seorang playboy, namun  mereka pasti akan mencari cinta sejati sebagai pasangan hidup. Buat gadis diluar sana, jangan terlalu mencuba untuk menjadi orang lain semata-mata ingin meraih hati si Jejaka kerana cinta sejati adalah daripada dirimu sendiri.

3. Perlukan Masa
Apabila seorang lelaki memberitahumu bahawa dia memerlukan masa, maka percayalah bahawa dia benar-benar memerlukan masa dalam membuat sesuatu keputusan. Jangan terlalu mendesak kerana ianya akan membuatkan dia lebih jauh dari kamu.

4. Berterus Terang
Lelaki sukar untuk membaca maksud pergerakan atau  perkara terselindung yang ingin disampaikan.Sikap gadis biasanya malu untuk berterus terang dan sering memberikan ‘hint’ untuk menyampaikan sesuatu perkara. Namun, bukan semua lelaki dapat memahaminya. Oleh itu, lebih baik berterus-terang kepada lelaki, daripada kamu yang sakit hati apabila tiada reaction dari Si Dia!

5. Perhatian
Lelaki biasanya sukar untuk berkongsi masalahnya bersama gadis. Namun, apabila seorang lelaki mula membuka bicara tentang masalahnya, maka dia benar-benar menginginkan kamu memberikan perhatian kepada dirinya. Dia menginginkan seseorang yang boleh dipercayai, menjadi pendengar yang baik, nasihat dan dapat bersama-samanya apabila dia sedang berada .
Okay selamat memahami gadis gadis diluar sana. Goodluck ! :>


<3 font="font">

2 comments:

Mr. Cookies said...

ok.. sweet... heehehe...
terasa ade kbenaran tuh.. :)

Nia Suraya Idris ^^ said...

Hehe terasa takpeeee . Baguslahh :P