Friday, January 25, 2013

:'(


Terasa makin jauh. Jauh sejauh jauhnya.
Rindu tapi jauh. Tak sukanyaaaaaaa.
Arghh plis tolong paham yang disanaaa.

 :'(



Sedikit Kata



Hari ini kau pulang.
Pulang bersama kenangan kembali bersama.
Ingin sekali aku ucapkan 'welcome home sayang' 
Tapi apakan daya. Mulut berkunci saat hati ingin berbicara. 
Kau tahu ? Ini saat yang perit buatku. 
Hanya tuhan yang tahu.

Aku tetap gembira biar dikejauhan.
Aku tetap menanti panggilanmu.
Ku tahu kau jua begitu.
Tak mengapa. Kita perlukan masa.
Akan pulih seperti sediakala hendaknya.


Malam ini aku sibukkan diri seperti kebiasaanya.
Report , research , dan segala bagai yang berkaitan.
Aku ingin cuba lupakan semua, tapi terasa susah terasa peritnya.
Tambah kala lagu di I Tunes menggamit memori bersama.
Terasa indahnya semua. Aku masih mampu tersenyum walaupun berduka.

Pintaku juga tidak sebegini jadinya. Aku cuba bertahan semampu bisa.

Sabar wahai hati. 
Moga Tuhan sabarkan kita.
Ada baiknya begini.

Dan seperti kebiasaannya kenangan itu masih ada.
Masih manis seperti permulaannya walaupun realitinya pahit sedikit.
Buktinya Totty dan Bunny Bee setia menemani malamku :')

Moga kau mendengar disana.
Moga mimpimu indah.
Moga kita  masih menatap bulan yang sama.


Ucapku padamu,
Rumah manis rumah , Bunny Bee! :)
Selamat berkongsi cerita dengan keluargamu.





Friday, January 18, 2013

Jangankan


Jangan kau persetankan orang jika kau sendiri tak sanggup dipersetankan. Jangan kau cuba tundukkan orang jika hanya pujian melangit yang kau angankan. Jangan kau kejar dunia yang sementara dikala kau endahkan akhirat yang kekal abadi. -NS-

Thursday, January 17, 2013

Wordless # 1



Kbai !


Jarak itu mengajar

Jarak mengajar erti kasih sayang.

Baba
Aku rindu bebelan dia. Rindu tika dia cuba penuhi hajatku dalam diam. Meskipun aku tak pinta. Dia tak tunjuk tapi dia sayang dalam diam. Well that so me too. Sayang dalam diam -.-'

Mama
Aku rindu tegurnya. Yang penuh kasih sayang. Aku rindu senyumannya. Yang tak lekang dimamah dek usia.

Kakyong
Aku rindu nakalnya. Dia suka menyakat. Manja dalam diam dengan adiknya. Baran tapi loving orangnya. Hehe

Lil bro azam
Aku rindu cubaan dia menyatakan rindunya kepada kakaknya ini. Adik yang nakal tetapi penyayang asalnya.

Lil bro iwan
Aku rindu dengan mulutnya yang tak lekang dek pertanyaan. Aku pula tak lokek menjawab dengan sabar.

Lil bro daus
Aku rindu budak kuat merajuk ini. Marahnya dalam diam. Sejuknya kejap saja. Kata Baba gayanya seperti aku kala kecil dulu. Tika kulihat dia ku umpama imbas masa lalu. Aku rindu masa dulu. Ehh budak ini gila Bigbang macam abangnya iwan. Dan aku tak segila dia. Haha cuma teruja dengan TOP. Sikit saja. Heheks

Lil sis dayah
Aku rindu bila dia panggil namaku 'Kak Ain'! Terasa sayang itu makin kuat. Tak dibuat. Rindu dia cuba hiburkan hati ni. Teringat masa tu dia ke kiri ke kanan sikatkan ikatkan rambut aku yang ikal lagi messy ni. Kak Ain Rindu Dayah! Siyesly rasa nak hug dia sekarang!

Dia
Aku rindukan segalanya tentang dia. Masa lalu banyak kenangannya. Kukutip satu persatu. Takut hilang manisnya umpama madu menjadi sepahit hempedu. Ku simpan biar menjadi kenangan terindah. Kemas dalam kotak hati. Takkan terusik. Kerna ku tahu jarak bukan penghalang. Tapi pengikat kasih sayang.

Aku disini merindukan semua. Cinta hatiku yang satu :')



Saturday, January 12, 2013

bondaku . priaku. aku rindu.


Tika aku leka menyelusuri maya Instagram. Hujan rintik membasahi pipi. Mungkin dek tenungan lama di skrin tab yang hampir menikam mata. Duhh ataupun mungkin tangisan dalam diam insan yang jauh disana. Bondaku ? Priaku ? Aku seolah dapat merasa. Lantas aku kaget. Maka terhasillah coretan picisan ini. Cuma picisan saja. Pintaku moga kamu baik baik saja disana. Bonda, kutahu kita masih bisa lihat bulan yang sama. Rindu yang sama. Doamu menjadi bekalan setia buat diriku di saat kejauhan. Priaku, kutahu kita juga punyai rasa yang sama. Masih sama seperti dulu. Aku percaya itu. Janji kita. Saling percaya. Saling menjaga. Saling bersabar akan manisnya kemudian harinya nanti. Aku percaya itu. Takkan putus berdoa. Itu juga janji kita. Takkan putus ikatan kuat ini. In sya Allah. Dengan izinnya. Barakallah :')


Saturday, December 29, 2012

: 5 Perkara Tentang Lelaki


Assalamualaikum,



Sekodeng sekodeng schroll schroll page Remaja tetiba tertarik pulak nak baca part LELAKI. So ini perkongsiannya. Heheks :3

Kadang-kadang sukar untuk memahami seorang pria. Tingkah lakunya, gaya pemikirannya, adakalanya berbeza dengan Si Gadis. Oleh itu, Ada 5 perkara tentang lelaki yang dapat REMAJA kongsikan.

1. Cerewet
Cerewet bukan sahaja sikap yang ada pada Si Gadis. Namun, adakalanya lelaki boleh menjadi seorang yang sangat cerewet. Contohnya dalam soal membeli-belah. Walaupun mereka jarang membeli belah, namun apabila mereka membeli sesuatu, mereka memerlukan masa yang panjang untuk membuat pemilihan barang yang ingin dibeli. Adakalanya mereka akan melakukan survey terlebih dahulu kerana mereka akan memastikan barang yang dibeli itu adalah benar-benar berbaloi dan memuaskan hati.

2. Cinta
Sikap playboy selalu dikaitkan dengan seorang lelaki yang kerap bertukar-tukar pasangan. Namun, tahukah kamu bahawa mereka juga hakikatnya adalah seorang insan yang memerlukan cinta sejati? Walaupun dia seorang yang dilihat sebagai seorang playboy, namun  mereka pasti akan mencari cinta sejati sebagai pasangan hidup. Buat gadis diluar sana, jangan terlalu mencuba untuk menjadi orang lain semata-mata ingin meraih hati si Jejaka kerana cinta sejati adalah daripada dirimu sendiri.

3. Perlukan Masa
Apabila seorang lelaki memberitahumu bahawa dia memerlukan masa, maka percayalah bahawa dia benar-benar memerlukan masa dalam membuat sesuatu keputusan. Jangan terlalu mendesak kerana ianya akan membuatkan dia lebih jauh dari kamu.

4. Berterus Terang
Lelaki sukar untuk membaca maksud pergerakan atau  perkara terselindung yang ingin disampaikan.Sikap gadis biasanya malu untuk berterus terang dan sering memberikan ‘hint’ untuk menyampaikan sesuatu perkara. Namun, bukan semua lelaki dapat memahaminya. Oleh itu, lebih baik berterus-terang kepada lelaki, daripada kamu yang sakit hati apabila tiada reaction dari Si Dia!

5. Perhatian
Lelaki biasanya sukar untuk berkongsi masalahnya bersama gadis. Namun, apabila seorang lelaki mula membuka bicara tentang masalahnya, maka dia benar-benar menginginkan kamu memberikan perhatian kepada dirinya. Dia menginginkan seseorang yang boleh dipercayai, menjadi pendengar yang baik, nasihat dan dapat bersama-samanya apabila dia sedang berada .
Okay selamat memahami gadis gadis diluar sana. Goodluck ! :>


<3 font="font">